Monday, October 11, 2010

TSUNAMI

Apa itu Tsunami?

Istilah tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami adalah ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami adalah ombak raksasa.

Tsunami yang boleh memusnahkan berlaku apabila jarak di dasar lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan faktor kesan kemusnahan. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini menyebabkan kemusnahan yang berlaku adalah amat dasyat apabila ombak tsunami menghempas lautan.

Apa Penyebab Tsunami?

1. Gempa Bumi di Dasar Laut

Gempa bumi di dasar laut merupakan bentuk penghasilan tsunami yang paling biasa, biasanya menghasilkan tsunami yang sangat berskala besar. Bumi sentiasa bergerak pada atas plat tektonik yang besar. Apabila plat tektoknik bergerak melalui satu dengan yang lain, berlanggar dan masuk ke bawah dengan satu sama lain, gempa bumi terjadi.Contohnya, satu gempa bumi yang besar di Lautan Hindi berukuran skala 10.0 Richter pada dasar laut mengakibatkan perpindahan isipadu air yang sangat besar menyebakan kemusnahan pada kawasan pantai yang amat dasyat. Biasanya, gempa bumi dengan skala Richter yang besar melebihi 7.5 akan menghasikan tsunami yang boleh memusnahkan kawasan pantai.

2. Gunung Berapi

Letupan gunung berapi walaupun jarang berlaku, letupan gunung berapi juga boleh memindahkan isipadu air yang banyak dan menghasilkan ombak tsunami yang sangat besar di kawasan darat khususnya di pantai. Aliran lava dari gunung berapi yang banyak boleh menyebabkan berlakunya tsunami. Kebanyakan tsunami yang terjadi di Lautan Pasifik terjadi disekitar “Ring of Fire” kawasan lingkungan kepulauan Hawaii. Kawasan tersebut digelar sebagai “Ring of Fire” kerana bilangan gunung berapi yang aktif terlalu banyak di situ.

Sejarah Kejadian Tsunami

2004 Tsunami Lautan Hindi yang telah melanda Asia Selatan dan Afrika Timur

Gempa bumi berukuran lebih 9.0 skala Richter terjadi di bawah lantai lautan Hindi berhampiran pulau Sumatera, Indonesia. Gegaran dan gerakan yang sangat kuat menyebabkan lautan bergelora ke setiap arah. Dalam beberapa jam sahaja tsunami itu melanda di persisiran pantai ke 12 negara di lautan Hindi. Ombak tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter (50 kaki) yang menghanyutkan manusia ke dalam laut, menggelamkan mereka yang di dalam rumah atau di pantai-pantai, dan memusnahkan banyak bangunan di banyak tempat. Tsunami yang telah disebabkan oleh gempa bumi ini telah mengorbankan lebih kurang 216,000nyawa dalam 12 negara iaitu Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Maldives, Myanmar, Bangladesh, kepulauan Andaman dan Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania, dan Kenya. Negara yang paling teruk dimusnahkan ialah Indonesia, yang mana kawasan terdekat dengan tempat utama kejadian gempa bumi. Indonesia kehilangan lebih 100,000 nyawa dengan hampir keseluruhannya adalah daripada kawasan Aceh (Utara kepulauan Sumatera).

No comments:

Post a Comment