Monday, October 4, 2010

PEMANASAN GLOBAL

                Pemanasan global merupakan salah satu isu yang semakin membimbangkan kepada kita di era globalisasi ini.Pemanasan global terjadi apabila suhu bumi meningkat.Hal ini terjadi apabila gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida,nitrus oksida,dan sebagainya memerangkap haba dan cahaya dari matahari di atmosfera bumi yang mana menyebabkan suhu bumi meningkat.Hal ini memberi impak yang besar terhadap alam sekitar yang merangkumi tumbuh-tumbuhan,haiwan,dan manusia itu sendiri.Sekiranya pemanasan global ini terus berlanjutan kemungkinan boleh membawa kepada kematian. 
                 Pelbagai punca yang boleh mengakibatkan fenomena pemanasan global berlaku.
Antaranya,penggunaan barangan yang mengeluarkan
gas kluroflurokarbon contohnya peti ais,
penyaman udara,dan sebagainya.Selain daripada itu,
menonton televisyen,menghidupkan lampu,
mendengar radio,membasuh baju menggunakan mesin
basuh,menggunakan pengering rambut,memanaskan makanan menggunakan ketuhar,bermain permainan
video dan sebagainya juga dapat membebaskan
gas-gas rumah hijau ke udara.Punca yang terpenting
ialah manusia menebang tumbuh-tumbuhan hijau untuk membina bangunan-bangunan atau sebagainya.Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyedut karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan akan memberi oksigen untuk manusia bernafas.Dalam bidang
penternakan dan pertanian.Pertanian akan mengakibatkan pemanasan global kerana aktiviti ini menggunakan
racun serangga dan baja kimia berlebihan yang akan mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan penternakan pula disebabkan oleh hasil buangan najis haiwan yang akan membebaskan gas metana.Punca lain ialah dalam bidang perindustrian.Punca utamanya ialah pembakaran bahan fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera yang akan mengeluarkan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida.Semakin banyak ia dihasilkan semakin haba yang terperangkap.Selain daripada itu,penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama untuk gerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.Aktiviti pembakaran hutan juga menyebabkan pemanasan global.Pembakaran hutan menyebabkan imbangan kandungan oksigen dan karbon dioksida menjadi tidak seimbang.Selain daripada itu,letusan gunung berapi juga akan menyebabkan pemanasan global.Hal ini kerana,ia merupakan faktor semulajadi.Letupan gunung berapi akan mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi gas rumah hijau seperti gas karbon monoksida,gas sulfur dioksida dan lain-lain.


                                                    
                              Pemanasan global akan mendatangkan impak-impak kepada manusia,alam sekitar,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Antaranya ialah akan berlakunya kecairan ais di kutub utara.Hal ini akan mengakibatkan paras air laut meningkat.Sekiranya perkara ini berlanjutan,ia boleh menenggelamkan pulau-pulau kecil dan seterusnya memusnahkan kedudukan geografi bumi.Impak lain ialah sekiranya banyak tumbuh-tumbuhan ditebang akan mengakibatkan tanah runtuh dan hakisan tanah.Hal ini berlaku kerana tanah yang gondol tanpa cengkaman akar- akar tumbuhan sekiranya hujan akan turut serta mengalir dan seterusnya mengakibatkan tanah runtuh,hakisan tanah,atau banjir lumpur.Selain daripada itu,manusia akan sukar bernafas kerana sekiranya tumbuh-tumbuhan itu ditebang manusia tidak akan mendapat oksigen kerana tumbuhan yang memberikan oksigen kepada manusia.Selain daripada itu,impak negatif yang akan terjadi sekiranya pemanasan global ini berlarutan ialah akan berlakunya hujan asid yang diakibatkan olehpelepasan-pelepasan gas-gas yang berbahaya ke atmosfera seperti melakukan pembakaran terbuka dan sebagainya.Hal ini mendatangkan impak negatif terutamanya kepada manusia kerana boleh mengakibatkan manusia itu mendapat kanser kulit sekiranya terkena hujan asid itu.Selain daripada itu,impak lain ialah haiwan-haiwan akan kehilangan habitat akibat penebangan hutan oleh manusia.Selain itu,pemanasan global juga boleh mengganggu askologi.



                                 Pelbagai langkah-langkah atau inisiatif yang boleh di ambil untuk membendung atau mengatasi masalah pemanasan global ini.Antaranya,ialah mengurangkan penggunaan kuasa elektrik.Hal ini kerana dapat mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau yang berbahaya ke udara.Tambahan pula,kerajaan telah mengambil inisiatif  dengan mengadakan kempen 'Earth Hours' dengan mematikan sementara kuasa elektrik.Selain daripada itu,inisiatif lain yang boleh di ambil ialah mengitar semula barang contohnya penggunaan kertas.Hal ini kerana untuk menggelakkan daripada penebangan hutan secara berleluasa berlaku.Antara inisiatif lain yang boleh diambil ialah berkongsi kenderaan atau pengangkutan dengan orang lain.Hal ini kerana dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida dan gas karbon monoksida.Selain daripada itu,kerajaan juga harus memainkan peranan yang penting dengan menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal atau menggenakan kompoun kepada pesalah-pesalah yang mengakibatkan masalah pemanasan global seperti membuat pembakaran terbuka,penebangan hutan secara berleluasa dan sebagainya.Selain itu,dalam bidang pertanian haruslah mengurangkan penggunaan baja atau racun serangga.Manusia juga boleh mengambil langkah dengan berkongsi kenderaan dengan orang lain.Ianya dapat mengurangkan pengeluaran asap ke udara.

                                     Tuntasnya,pemanasan global memberikan banyak impak negatif kepada manusia dan alam sekitar.Kita mestilah bersama-sama untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan dan memusnahkan alam sekitar kita.Hal ini haruslah di pandang serius oleh setiap individu,kerajaan,NGO, dan sebagainya.Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar supaya tidak musnah.

                                                           




                                                      

No comments:

Post a Comment