Monday, October 11, 2010

HUJAN ASID

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi sesebuah negara menyebabkan manusia tidak mengambil berat tentang masalah – masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan negara.Kesan – kesan negatif akibat proses pembangunan secara terburu – terburu mengakibatkan kesan pencemaran alam yang serius.Hal ini semakin menggugat kesihatn manusia dan juga kehidupan – kehidupan yang lain.
            Antara pencemaran alam yang mencemarkan alam sekitar ialah hujan asid.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen – komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2),sulfur dioksida (SO2),nitrous oksida(NOx),hidrokarbon,plumbum,merkuri,zink dan logam toksid.Bahan pencemar ini disebarkan  oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.   
            Terdapat 2 punca untuk kejadian hujan asid iaitu aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi.Kegiatan industri,proses peleburan bijih timah,aktiviti sistem pengangkutan dan kegiatan pertanian merupakan aktiviti yang berpunca  untuk kejadian hujan asid.Kegiatan industri mengasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang – kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.Proses pelaburan bijih timah pula membebaskan banyak gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.Selain itu,aktiviti sistem pengangkutan juga salah satu punca kejadian hujan asid.Ini boleh dilihatkan melalui,pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pengeluarkan asap ekzos.Asap ekzos membebaskan berjuta – juta  gas nitrik oksida ke udara semasa pembakaran ini dan menyebabkan hujan asid.Disamping itu hujan asid juga berpunca daripada kegiatan pertanian seperti penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan gas metena dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.
            Seterusnya ialah kebakaran hutan secara bebas.Kegiatan ini merupakan salah satu punca semulajadi.Pada masa kini,banyak hutan telah dibakar untuk membina bangunan di seluruh dunia.Aktiviti ini telah membebaskan gas – gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida.Oleh itu,gas – gas yang keluar daripada kegiatan – kegiatan di atas bertindak balas dengan air hujan dan mula mengasilkan hujan asid.
            Kesannya ialah alam sekitar sedang mengalami kemusnahan yang sangat teruk.Hal ini telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan juga hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.Antara kesan – kesannya ialah menjejaskan kesihatan manusia dari segi fizikal dan mental,kesan terhadap hidupan ataupun di air dan juga kesan terhadap bangunan dan peralatan bangunan.Jika kita lihat dari segi kesihatan manusia,tidak kira tua mahu pun muda dan kanak – kanak cepat boleh menghidap penyakit seperti athsma,sakit batuk,alergi dan selesema.Gas – gas seperti sulfur dioksida adalah penyebab pertama yang menyebabkan penyakit kepada  manusia seperti sakit dada,sakit tulang,batuk,sakit kerongkong dan aluminium pula boleh menyebabkan penyakit Alzheimer(berkait dengan hilang ingatan).Kesan seterusnya ialah kesan terhadap tanah dan tumbuh – tumbuhan.Banyak pokok – pokok  telah musnah kerana terkena hujan asid dan juga memusnahkan fungsi daun.Hal ini kerana asid bertindak balas dengan nutrian dalam  tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.Selain itu,kesan terhadap hidupan air dapat dilihat melalui kematian tumbuh – tumbuhan dan hidupan di dalam tasik kerana asid yang terlalu pekat yang berasil daripada hujan asid.Disamping itu,bangunan dan peralatan bangunan juga salah satu kesan hujan asid.Sebagai contohnya,bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh,warna bangunan dan kereta menjadi pudar dan mudah rosak serta barang – barang besi juga cepat berkarat.
            Kesimpulanya,terdapat beberapa langkah bagi menangani masalah hujan asid yang melanda dunia.Terutamanya ialah dari segi perundangan dan agensi – agensi yang tertentu haruslah mengenakan denda terhadap orang yang memusnahkan alam sekitar.Mereka harus meningkatkan pengawalan terhadap alam sekitar untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,sebagai individu kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik dan harus mengamalkan sifat berkongsi kereta  bagi menangani pencemaran udara dan juga menghalang kejadian hujan asid.Justeru,kempen kesedaran diri,ceramah ataupun aktiviti kemasyarakatan dan pameran pencemaran alam juga salah satu langkah yang baik kerana ini dapat menjadikan setiap masyarakat memainkan peranan demi kesejahteraan alam sekitar.          

1 comment: