Monday, October 11, 2010

TSUNAMI

Apa itu Tsunami?

Istilah tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami adalah ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami adalah ombak raksasa.

Tsunami yang boleh memusnahkan berlaku apabila jarak di dasar lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan faktor kesan kemusnahan. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini menyebabkan kemusnahan yang berlaku adalah amat dasyat apabila ombak tsunami menghempas lautan.

Apa Penyebab Tsunami?

1. Gempa Bumi di Dasar Laut

Gempa bumi di dasar laut merupakan bentuk penghasilan tsunami yang paling biasa, biasanya menghasilkan tsunami yang sangat berskala besar. Bumi sentiasa bergerak pada atas plat tektonik yang besar. Apabila plat tektoknik bergerak melalui satu dengan yang lain, berlanggar dan masuk ke bawah dengan satu sama lain, gempa bumi terjadi.Contohnya, satu gempa bumi yang besar di Lautan Hindi berukuran skala 10.0 Richter pada dasar laut mengakibatkan perpindahan isipadu air yang sangat besar menyebakan kemusnahan pada kawasan pantai yang amat dasyat. Biasanya, gempa bumi dengan skala Richter yang besar melebihi 7.5 akan menghasikan tsunami yang boleh memusnahkan kawasan pantai.

2. Gunung Berapi

Letupan gunung berapi walaupun jarang berlaku, letupan gunung berapi juga boleh memindahkan isipadu air yang banyak dan menghasilkan ombak tsunami yang sangat besar di kawasan darat khususnya di pantai. Aliran lava dari gunung berapi yang banyak boleh menyebabkan berlakunya tsunami. Kebanyakan tsunami yang terjadi di Lautan Pasifik terjadi disekitar “Ring of Fire” kawasan lingkungan kepulauan Hawaii. Kawasan tersebut digelar sebagai “Ring of Fire” kerana bilangan gunung berapi yang aktif terlalu banyak di situ.

Sejarah Kejadian Tsunami

2004 Tsunami Lautan Hindi yang telah melanda Asia Selatan dan Afrika Timur

Gempa bumi berukuran lebih 9.0 skala Richter terjadi di bawah lantai lautan Hindi berhampiran pulau Sumatera, Indonesia. Gegaran dan gerakan yang sangat kuat menyebabkan lautan bergelora ke setiap arah. Dalam beberapa jam sahaja tsunami itu melanda di persisiran pantai ke 12 negara di lautan Hindi. Ombak tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter (50 kaki) yang menghanyutkan manusia ke dalam laut, menggelamkan mereka yang di dalam rumah atau di pantai-pantai, dan memusnahkan banyak bangunan di banyak tempat. Tsunami yang telah disebabkan oleh gempa bumi ini telah mengorbankan lebih kurang 216,000nyawa dalam 12 negara iaitu Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Maldives, Myanmar, Bangladesh, kepulauan Andaman dan Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania, dan Kenya. Negara yang paling teruk dimusnahkan ialah Indonesia, yang mana kawasan terdekat dengan tempat utama kejadian gempa bumi. Indonesia kehilangan lebih 100,000 nyawa dengan hampir keseluruhannya adalah daripada kawasan Aceh (Utara kepulauan Sumatera).

HUJAN ASID

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi sesebuah negara menyebabkan manusia tidak mengambil berat tentang masalah – masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan negara.Kesan – kesan negatif akibat proses pembangunan secara terburu – terburu mengakibatkan kesan pencemaran alam yang serius.Hal ini semakin menggugat kesihatn manusia dan juga kehidupan – kehidupan yang lain.
            Antara pencemaran alam yang mencemarkan alam sekitar ialah hujan asid.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen – komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2),sulfur dioksida (SO2),nitrous oksida(NOx),hidrokarbon,plumbum,merkuri,zink dan logam toksid.Bahan pencemar ini disebarkan  oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.   
            Terdapat 2 punca untuk kejadian hujan asid iaitu aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi.Kegiatan industri,proses peleburan bijih timah,aktiviti sistem pengangkutan dan kegiatan pertanian merupakan aktiviti yang berpunca  untuk kejadian hujan asid.Kegiatan industri mengasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang – kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.Proses pelaburan bijih timah pula membebaskan banyak gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.Selain itu,aktiviti sistem pengangkutan juga salah satu punca kejadian hujan asid.Ini boleh dilihatkan melalui,pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pengeluarkan asap ekzos.Asap ekzos membebaskan berjuta – juta  gas nitrik oksida ke udara semasa pembakaran ini dan menyebabkan hujan asid.Disamping itu hujan asid juga berpunca daripada kegiatan pertanian seperti penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan gas metena dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.
            Seterusnya ialah kebakaran hutan secara bebas.Kegiatan ini merupakan salah satu punca semulajadi.Pada masa kini,banyak hutan telah dibakar untuk membina bangunan di seluruh dunia.Aktiviti ini telah membebaskan gas – gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida.Oleh itu,gas – gas yang keluar daripada kegiatan – kegiatan di atas bertindak balas dengan air hujan dan mula mengasilkan hujan asid.
            Kesannya ialah alam sekitar sedang mengalami kemusnahan yang sangat teruk.Hal ini telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan juga hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.Antara kesan – kesannya ialah menjejaskan kesihatan manusia dari segi fizikal dan mental,kesan terhadap hidupan ataupun di air dan juga kesan terhadap bangunan dan peralatan bangunan.Jika kita lihat dari segi kesihatan manusia,tidak kira tua mahu pun muda dan kanak – kanak cepat boleh menghidap penyakit seperti athsma,sakit batuk,alergi dan selesema.Gas – gas seperti sulfur dioksida adalah penyebab pertama yang menyebabkan penyakit kepada  manusia seperti sakit dada,sakit tulang,batuk,sakit kerongkong dan aluminium pula boleh menyebabkan penyakit Alzheimer(berkait dengan hilang ingatan).Kesan seterusnya ialah kesan terhadap tanah dan tumbuh – tumbuhan.Banyak pokok – pokok  telah musnah kerana terkena hujan asid dan juga memusnahkan fungsi daun.Hal ini kerana asid bertindak balas dengan nutrian dalam  tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.Selain itu,kesan terhadap hidupan air dapat dilihat melalui kematian tumbuh – tumbuhan dan hidupan di dalam tasik kerana asid yang terlalu pekat yang berasil daripada hujan asid.Disamping itu,bangunan dan peralatan bangunan juga salah satu kesan hujan asid.Sebagai contohnya,bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh,warna bangunan dan kereta menjadi pudar dan mudah rosak serta barang – barang besi juga cepat berkarat.
            Kesimpulanya,terdapat beberapa langkah bagi menangani masalah hujan asid yang melanda dunia.Terutamanya ialah dari segi perundangan dan agensi – agensi yang tertentu haruslah mengenakan denda terhadap orang yang memusnahkan alam sekitar.Mereka harus meningkatkan pengawalan terhadap alam sekitar untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,sebagai individu kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik dan harus mengamalkan sifat berkongsi kereta  bagi menangani pencemaran udara dan juga menghalang kejadian hujan asid.Justeru,kempen kesedaran diri,ceramah ataupun aktiviti kemasyarakatan dan pameran pencemaran alam juga salah satu langkah yang baik kerana ini dapat menjadikan setiap masyarakat memainkan peranan demi kesejahteraan alam sekitar.          

Monday, October 4, 2010

PEMANASAN GLOBAL

                Pemanasan global merupakan salah satu isu yang semakin membimbangkan kepada kita di era globalisasi ini.Pemanasan global terjadi apabila suhu bumi meningkat.Hal ini terjadi apabila gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida,nitrus oksida,dan sebagainya memerangkap haba dan cahaya dari matahari di atmosfera bumi yang mana menyebabkan suhu bumi meningkat.Hal ini memberi impak yang besar terhadap alam sekitar yang merangkumi tumbuh-tumbuhan,haiwan,dan manusia itu sendiri.Sekiranya pemanasan global ini terus berlanjutan kemungkinan boleh membawa kepada kematian. 
                 Pelbagai punca yang boleh mengakibatkan fenomena pemanasan global berlaku.
Antaranya,penggunaan barangan yang mengeluarkan
gas kluroflurokarbon contohnya peti ais,
penyaman udara,dan sebagainya.Selain daripada itu,
menonton televisyen,menghidupkan lampu,
mendengar radio,membasuh baju menggunakan mesin
basuh,menggunakan pengering rambut,memanaskan makanan menggunakan ketuhar,bermain permainan
video dan sebagainya juga dapat membebaskan
gas-gas rumah hijau ke udara.Punca yang terpenting
ialah manusia menebang tumbuh-tumbuhan hijau untuk membina bangunan-bangunan atau sebagainya.Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyedut karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan akan memberi oksigen untuk manusia bernafas.Dalam bidang
penternakan dan pertanian.Pertanian akan mengakibatkan pemanasan global kerana aktiviti ini menggunakan
racun serangga dan baja kimia berlebihan yang akan mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan penternakan pula disebabkan oleh hasil buangan najis haiwan yang akan membebaskan gas metana.Punca lain ialah dalam bidang perindustrian.Punca utamanya ialah pembakaran bahan fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera yang akan mengeluarkan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida.Semakin banyak ia dihasilkan semakin haba yang terperangkap.Selain daripada itu,penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama untuk gerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.Aktiviti pembakaran hutan juga menyebabkan pemanasan global.Pembakaran hutan menyebabkan imbangan kandungan oksigen dan karbon dioksida menjadi tidak seimbang.Selain daripada itu,letusan gunung berapi juga akan menyebabkan pemanasan global.Hal ini kerana,ia merupakan faktor semulajadi.Letupan gunung berapi akan mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi gas rumah hijau seperti gas karbon monoksida,gas sulfur dioksida dan lain-lain.


                                                    
                              Pemanasan global akan mendatangkan impak-impak kepada manusia,alam sekitar,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Antaranya ialah akan berlakunya kecairan ais di kutub utara.Hal ini akan mengakibatkan paras air laut meningkat.Sekiranya perkara ini berlanjutan,ia boleh menenggelamkan pulau-pulau kecil dan seterusnya memusnahkan kedudukan geografi bumi.Impak lain ialah sekiranya banyak tumbuh-tumbuhan ditebang akan mengakibatkan tanah runtuh dan hakisan tanah.Hal ini berlaku kerana tanah yang gondol tanpa cengkaman akar- akar tumbuhan sekiranya hujan akan turut serta mengalir dan seterusnya mengakibatkan tanah runtuh,hakisan tanah,atau banjir lumpur.Selain daripada itu,manusia akan sukar bernafas kerana sekiranya tumbuh-tumbuhan itu ditebang manusia tidak akan mendapat oksigen kerana tumbuhan yang memberikan oksigen kepada manusia.Selain daripada itu,impak negatif yang akan terjadi sekiranya pemanasan global ini berlarutan ialah akan berlakunya hujan asid yang diakibatkan olehpelepasan-pelepasan gas-gas yang berbahaya ke atmosfera seperti melakukan pembakaran terbuka dan sebagainya.Hal ini mendatangkan impak negatif terutamanya kepada manusia kerana boleh mengakibatkan manusia itu mendapat kanser kulit sekiranya terkena hujan asid itu.Selain daripada itu,impak lain ialah haiwan-haiwan akan kehilangan habitat akibat penebangan hutan oleh manusia.Selain itu,pemanasan global juga boleh mengganggu askologi.



                                 Pelbagai langkah-langkah atau inisiatif yang boleh di ambil untuk membendung atau mengatasi masalah pemanasan global ini.Antaranya,ialah mengurangkan penggunaan kuasa elektrik.Hal ini kerana dapat mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau yang berbahaya ke udara.Tambahan pula,kerajaan telah mengambil inisiatif  dengan mengadakan kempen 'Earth Hours' dengan mematikan sementara kuasa elektrik.Selain daripada itu,inisiatif lain yang boleh di ambil ialah mengitar semula barang contohnya penggunaan kertas.Hal ini kerana untuk menggelakkan daripada penebangan hutan secara berleluasa berlaku.Antara inisiatif lain yang boleh diambil ialah berkongsi kenderaan atau pengangkutan dengan orang lain.Hal ini kerana dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida dan gas karbon monoksida.Selain daripada itu,kerajaan juga harus memainkan peranan yang penting dengan menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal atau menggenakan kompoun kepada pesalah-pesalah yang mengakibatkan masalah pemanasan global seperti membuat pembakaran terbuka,penebangan hutan secara berleluasa dan sebagainya.Selain itu,dalam bidang pertanian haruslah mengurangkan penggunaan baja atau racun serangga.Manusia juga boleh mengambil langkah dengan berkongsi kenderaan dengan orang lain.Ianya dapat mengurangkan pengeluaran asap ke udara.

                                     Tuntasnya,pemanasan global memberikan banyak impak negatif kepada manusia dan alam sekitar.Kita mestilah bersama-sama untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan dan memusnahkan alam sekitar kita.Hal ini haruslah di pandang serius oleh setiap individu,kerajaan,NGO, dan sebagainya.Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar supaya tidak musnah.

                                                           




                                                      

KEMPEN KITAR SEMULA


Pengenalan kepada kitar semula
Kitar semula ialah proses memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan komponen elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Bahan-bahan yang boleh dikitar semula

Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih. Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada pencemaran.


Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

Plastik

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.

Logam

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam tersebut.

Kepentingan kitar semula
Kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar kerana bahan terbuang akan dikitar semula, dengan ini pencemaran akan dikurangkan. Bahan mentah semulajadi juga akan kurang dilombong dan digunakan kerana bahan buangan sedia ada telah dikitar semula.
Fakta-fakta yang menyokong kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar :
·         Dengan mengitar semula 1 tin aluminium seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
·         Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
·         Dengan mengitar semula 1 botol kaca seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.





Monday, September 27, 2010

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara persis didefinasikan atau jitu ditakrifkan sebagai kehadiran satu atau lebih substansi fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia,haiwan,mengganggu estetika dan kenyamanan alam sekitar. Pencemaran udara ini boleh menjadi satu isu alam sekitar yang semakin membimbangkan negara.Pencemaran udara boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.

  Pencemaran udara adalah tercampurnya unsur-unsur berbahaya kedalam atmosfera yang dapat mengakibatkan terjadinya kerosakan lingkungan,gangguan pada kesihatan manusia secara umum serta menurunkan kualiti udara. Pencemaran udaraterbahagi kepadatiga iaitu pencemar primer,sekunder. Pencemar primer ialah pencemaran yang ditimbulkan secara langsung dari sumber pencemaran udara. Pencemaran sekunder merupakan pencemaran yang terbentuk dari reaksi pencemaran-pencemaran primer di atmosfera. Contohnya,sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asap sulfurik.
  Terdapat pelbagai jenis bahan pencemar iaitu karbon monoksida(co), gas ozon, nitrogen dioksida (so2), cfc, karbon dioksida (co2), benda partikular (pm), plumbum dioksida (Pb), Hydro carbon. Penyebab utama pencemaran udara ialah akibat adanya kenderaan bermotor khususnya di bandar-bandar besar. Di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinamg, Shah Alam, Johor Bahru diperkirakan 70% pencemaran yang terjadi akibat kenderaan bermotor.
  Kesan-kesan akibat pencemaran ialah seperti penipisan ozon, pemanasan global, penyakit, penyakit, hujan asid. Hujan asid berlaku apabila sinaran matahari menyerap air dari sumber air seperti sungai, tasik, kolam, dan laut.Titisan air ini akan mengalami proses pemeluwapan dan membentuk awan.Titisan air dalam awan mengandungi gas-gas beracun menyebabkan curahan hujan asid akan berlaku.Hal ini menyebabkan pelbagai impak negatif  kepada manusia dan alam sekeliling.Contohnya,kanser kulit,kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
    Selain itu ,peningkatan suhu juga menyebabkan pelbagai kesan.Peningkatan suhu,menyebabkan udara tercemar dengan pelbagai gas-gas beracun seperti karbon dioksida,karbon monoksida,sulfur dioksida dan sebagainya.Hal ini kerana,suhu min di malaysia  akan berubah akibat pencemaran udara dan mengakibatkan jerebu,kesan rumah hijau dan sebagainya.
  Terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah pencemaran ini. Jas (jabatan alam sekitar) haruslah menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar harus mengadakan rondaan darat dan udara dari semasa ke semasa untuk menyiasat punca pencemaran udara ini. Pihak yang dibuktikan bersalah haruslah dikenakan hukuman seperti penjara, kompaun dan sebagainya.
  Seterusnya, badan bukan kerajaan NGO,seperti sahabat alam sekitar harus mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti “cintailah alam sekitar”, “cintailah bumi kita”,”cintailah hutan kita” dan sebagainya. Selain itu, aktiviti seperti menanam semula anak pokok, mewartakan hutan simpanan, berkongsi kereta, mengurangkan penggunaan alat yang mengandungi cfc seperti penghawa dingin, aerosol  harus dijadikan sebagai langkah pencegahan. 
  Tuntasnya, kemelut pencemaran udara merupakan cancer sosial yang kian merebak kebelakangan ini. Sekiranya masyarakat kita tidak berganding bahu untuk melumpuhkan cancer sosial yang kian merebak ini kemungkinan besar ia akan menjadi satu kemelut yang membinasakan masa depan semua

  

Friday, September 17, 2010

PENCEMARAN BUNYI

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Namun, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat dari proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk iaitu pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran haba dan pencemaran laut.  
          Pencemaran bunyi adalah pencemaran yang paling kurang diberi perhatian oleh semua pihak berbanding dengan pencemaran air dan udara dari segi masa dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini, semua pihak telah membuka mata akan seriusnya pencemaran bunyi yang semakin banyak berlaku terutamanya di jalan-jalan raya akibat daripada pembinaan jalan. Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.  Jika masalah ini tidak dibendung dari awal dan diberi perhatian yang serius oleh semua pihak, nescaya ia akan bertambah buruk dan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada semua pihak.
          Penimbulan pencemaran bunyi ini kebanyakkannya adalah disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan di jalan raya yang membawa kepada kesesakkan lalu lintas. Ini kerana semasa mengalami masalah sesak lalu lintas, pengguna kendereaan telah menghilangkan kesabaran lalu membunyikan hon kereta dengan tidak berhenti-henti. Bunyi hon kereta dan enjin kenderaan berat serta berenjin diesel inilah yang telah membawa kepada pencemaran bunyi. Begitu juga dengan kenderaan awam seperti teksi dan bas yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi yang berfungsi dengan baik turut menyebabkan masalah ini bertambah semakin serius. Pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab yang mengubahsuai ekzos kenderaan mereka bagi memenuhi kemahuan mereka telah menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Bunyi berkenaan yang kuat telah mengganggu kehidupan orang di sekeliling secara langsung.

           Antara puncanya yang lain adalah akibat dari kerja-kerja di tapak pembinaan dan proses pengeluaran kilang. Ini kerana dari projek pembinaan akan menghasilkan bunyi-bunyi. Bunyi-bunyi berkenaan adalah datang dari bunyi jentera dan mesin yang besar seperti mesin gerudi menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat serta bising. Mesin yang digunakan dalam sesebuah kilang itu adalah berkuasa tinggi dicampur dengan bunyi jentera pendingin memberikan masalah pencemaran bunyi. Ini kerana bunyi yang kuat dan nyaring telah melebihi had yang ditetapkan bagi pendengaran manusia iaitu 80 desibel.

          Peralatan untuk berhibur yang semakin berkembang berikutan perkembangan teknologi hiburan telah menyumbang kepada pencemaran bunyi. Peralatan hi-fi yang menghasilkan bunyi pada tahap yang tinggi serta  penggunaan peralatan yang canggih di pusat hiburan telah meningkatkan masalah pencemaran bunyi. Pusat hiburan yang lazimnya mengeluarkan bunyi yang melebihi daripada had yang ditetapkan untuk pendengaran manusia iaitu 80 desibel. Sifat mementingkan diri bagi sesetengah pihak yang suka membunyikan peralatan hi-fi mereka pada tahap yang tinggi telah mengganggu hidup sesetengah pihak yang tinggal berhampiran mereka.


           Kesan yang paling buruk daripada pencemaran bunyi ini ialah kesan kepada pendengaran seseorang.Ini kerana pendengaran manusia hanya boleh mendengar bunyi yang  mencapai had 80 desibel sahaja. Jika seseorang mendengar bunyi yang melebihi 80 desibel secara berlarutan, orang berkenaan akan berlakunya masalah sama ada seara kekal ataupun sementara pada gegendang telinga. Jika tidak membendung, gegendang telinga akan menjadi tuli kerana organ pendengaran manusia sangat lembut dan sensitif. Satu kajian yang dilakukan kepada pekerja kilang yang sering terdedah kepada pencemaran bunyi selama beberapa tahun telah membuktikan bahawa organ pendengaran mereka lebih rendah daripada orang yang tidak terdedah kepada situasi tersebut.

          Tekanan emosi dan gangguan psikologi boleh berlaku kepada seseorang yang mengalami gangguan pencemaran bunyi. Kebisingan yang terlalu kuat boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan serta gagal berfikir dengan baik. Ini akan membawa kemerosotan prestasi kepada seseorang. Selain itu,tahap bunyi bising yang tinggi juga mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal juga mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan  dan "vasoconstriction" yang mendorong kepada peningkatan tekanan darah  termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

           Pencemaran bunyi juga mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Pencemaran bunyi menyebabkan haiwan berada dalam keadaan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa atau mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Pencemaran bunyi juga menyebabkan haiwan kemusnahan habitat. Dalam kes spesies terancam, pencemaran bunyi mungkin merupakan laluan kepada kepupusan haiwan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
          Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan pencemaran bunyi termasuk penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

          Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.

           Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.Selain itu, Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi d isemua tahap kerajaan.

          Kesimpulannya, setiap masalah pencemaran akan membawa kesan yang tidak baik kepada alam sekeliling. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu haruslah mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah ini secara sistematik dan saintifik tanpa perlu menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan teknologi.

Monday, September 13, 2010

PEMBALAKAN HARAM

Hutan merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna .Hutan telah membekalkan sumber bahan mentah seperti kayu-kayan,rotan,buluh,buah-buahan,kayu api,damar,gam,dan,tumbuhan ubat-ubatan.Hasil-hasil hutan ini merupakan punca-punca makanan,perlindungan,bahan api,dan perubatan asas. Pada tahun 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan pokok yang dilindungi.Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan telah memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu menghadapi ancaman.

Faktor-faktor yang menyebabkan pembalakan haram ialah pembukaan tanah baru. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan. Pembalakan haram juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepeda penduduk.Hal ini demikian kerana dapat memberikan pendapatan kepada penduduk.Pengangguran di negara kita juga akan mengurangkan.Dengan demikian,taraf hidup penduduk akan meningkatkan.Selain itu,ini juga dapat meningkatkan pendapatan negara.Hal ini demikian kerana pembalakan hutan dapat membantu memperkembangan industri berasakan kayu-kayuan.Kayu-kayuan akan eksport ke luar negara.Imej negara kita juga akan meningkatkan.Hal ini demikian akan menyebabkan ramai orang mengetahui negara kita.

Pembalakan haram akan membawa kesan keburukan kepada terhadap alam sekitar.Kesan pembalakan haram telah mengubah sama sekali rupa di bumi di kawasan berkenaan.Pembalakan haram secara meluas telah mengakibatkan penukaran tanah dari hutan kepada pertanian.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, pembalakn haram juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Pembalakan haram dan kemusnahan hutan yang berterusan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.Ini juga akan menyebabkan pencemaran tanah.Contohnya pencemaran tanah akan menyebabkan berlaku hakisan tanah,perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan lain-lain lagi.Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan awamatau di aktiviti-aktiviti awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Kempen-kempen yang berkaitan alam sekitar juga boleh diadakan. Peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar dalam kempen-kempen ini.Selain itu,pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar yang diadakan oleh pihak berkenaan.Dengan pertandingan tersebut, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.Mereka akan mendapat pengetahuan tersebut dalam proses ini. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Melalui pertandingan tersebut akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Hal ini demikian dapat menyedarkan masayarakat tentang keburukan pembalakan haram terhadap alam sekitar.

Kesimpulannya,Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pusat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya dan berkembang pusat itu,ramai orang yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alm sekitar. Sistem ekologi bumi dan hakisan telah diganggu oleh kegiatan-kegiatan perusahaan pembangunan dan pembalakan haram.Rekaan manusia tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat merupakan punca utama kemusnahan alam sekitar.Oleh itu,kita haruslah bertangggungjawab terhadap alam sekitar.Dengan demikian,masalah alam sekitar dapat dibanteras.


 






                    


Sunday, September 12, 2010

PENIPISAN OZON

Tajuk: PENIPISAN OZON




Ozon terdiri dari tiga molekul oksigen dan amat berbahaya pada kesihatan manusia . Secara alamiah, ozon dihasilkan melalui percampuran cahaya ultraviolet dengan atmosfer bumi dan membentuk suatu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

Penipisan lapisan ozon berlaku di ruang stratosfera . Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh kloroflorokarbon ( CFC) dan Halon juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida (GLO). Ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Ozon digunakan dalam bidang pengobatan untuk mengobati pasien dengan cara terawasi dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Di antaranya ialah untuk perawatan kulit terbakar.Sedangkan dalam perindustrian ,ozon digunakan untuk mengenyahkan kuman sebelum dibotolkan ( antiseptik).Di samping itu, ozon juga menghapuskan pencemaran dalam air. Seterusnya,ia juga membantu proses flokulasi . Selain itu, ozon digunakan untuk mencuci ,dan memutihkan kain. Akhirnya , ozon dapat digunakan membantu mewarnakan plastik, dan menetukan ketahanan getah.

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.Antara faktor utama penipisan ozon adalah kloroflukarbon (CFC). ). Buatan manusia yang meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan berangsur-angsur dalam tingkat ozon global. CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak banyaknya , dalam kulkas, bahan dorong dalam penyembur , pembuatan busa dan bahan pelarut terutama bagi kilang-kilang elektronik. Dalam waktu kira-kira lima tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfer ( 10-50km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian antara dua puluh hingga dua puluh lima kilometer, kurang sinar UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bercampur dengan UV,dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

Pembakaran terbuka , asap dari kenderaan dan kilang yang mengandungi sulfur oksida menyebabkan berlakunya pinipisan ozon. Di samping itu, kekurangan tumbuhan hijau dan penggunann baja urea berleluasa juga dapat menyebabkan penipisan ozon. Seterusnya,penggunaan bahan bakar kapal terbang dan jet juga menyumbangkan berlakunya penipisan ozon.. Selain itu, pembebasan bahan aerosol , ujian senjata nuklear dan penggunaan bahan api biomas yang banyak juga menjadi faktor-faktor penipisan ozon.

Penipisan ozon menjejaskan kesihatan manusia. Sesorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Radisi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru. Di samping itu, kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian. Radisi ultraungu lapan boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan , bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Kerosakan ozon boleh menjejaskan industri pembalakan.Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar.Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi Negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.



Seterusnya, kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut. Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari. Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.

Selain itu, kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia. Ekoran daripada perubahan ini , suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak lima darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartikan mula cair , bukan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.

Justerunya, langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon tersebut adalah perlu. Pengawalan penggunaan CFC dalam pelbagai industri melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaanya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera . Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearth yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.

Di samping itu, usaha meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti Kloroflukarbon(CFC ) dapat menyelesai masalah tersebut.Dengan itu, mencari dan memajukan bahan alternative yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik. Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih , dalam industri elektronik, pendingin dalam alat bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.

Kerjasama dan komitmen antarabangsa dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu. Badan pencipta alam sedunia PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvensyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.Seterusnya, Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.

Ia juga boleh mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.

Saturday, September 4, 2010

PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hampir semua aktiviti yang dilakukan memerlukan air. Oleh itu, air merupakan keperluan asas yang penting.Pada masa dahulu, air bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik.Namun malang sekali, punca air bersih semakin berkurangan dan amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran air. Air kini perlu dirawat dulu sebelum selamat digunakan.

Pencemaran air berlaku adalah hasil daripada aktiviti manusia sendiri. Antaranya ialah pembuangan sampah sarap dan bahan kumbahan secara tidak bermoral ke dalam sungai. Sampah sarap dan bahan kumbahan dari kawasan perbandaran telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini menyebabkan air tercemar dan tidak selamat digunakan.

Penebangan pokok-pokok di hutan untuk tujuan komersial juga menyumbangkan pencemaran air. Pokok-pokok ditebang untuk membuka penempatan baru untuk kediaman manusia dan mendirikan kilang. Akibatnya, penerokaan tersebut menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetakkan lagi paras air sungai dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai menyumbang ke arah pencemaran air. Sikap yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah iaitu membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Bahan-bahan kimia yang dibuang itu akan membunuh hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan laut. Secara tidak langsung,sumber-sumber protein semakin berkurangan.

Pembuangan baja dan racun perosak kimia dari kawasan pertanian juga menyebabkan pencemaran air. Air hujan akan membawa baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani ke dalam sungai. Bahan-bahan beracun ini akan membunuh hidupan air dan juga mengakibatkan kandungan oksigen di dalam sungai dan seterusnya menjejaskan ekosistem.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran air semasa supaya tidak menjadi lebih serius maka langkah-langkah yang wajar harus diambil. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang merawat.Tangki takungan bawah tanah dapat mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik terus ke dalam sistem perparitan dan juga boleh merawat air dengan menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air. Selain itu, kerajaan juga harus memperuntukan sejumlah wang supaya sistem perparitan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perindustrian serta pengusaha kedai makanan harus dibina saluran paip khas supaya bahan buangan dapat dikumpulkan di dalam tangki tangkungan tersebut sebelum disalurkan ke dalam sistem perparitan.

Selain itu, untuk mengatasi masalah sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, pemasangan perangkap sampah adalah perlu. Perangkap sampah harus dipasang di tempat-tempat yang strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap dan juga memudahkan pengurusan penyelenggaran.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu satu atau dua kali sebulan. Dengan cara in, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air serta tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Untuk mengatasi masalah sikap masyarakat yang bersikap tidak peduli, kempen kesedaran harus diadakan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, sahabat alam, kempen kitar semula dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar.
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju namun kepesatan pertumbuhannya itu menyebabkan masyarakat tidak menyedari kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Oleh itu, kita harus menjalankan kewajipan kita dalam menjaga alam sekitar dengan baik.

Pencemaran Tanah

Selaras dengan arus pemodenan,pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara tetapi juga mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.Namun,di sebalik kemegahan ini telah menimbul pelbagai masalah alam sekitar antaranya termasuk pencemaran tanah.Pencemaran tanah ditakrifkan sebagai keadaan di mana bahan kimia masuk dan merubah persekitaran tanah semula jadi.Pencemaran ini biasanya tercetus disebabkan oleh kebocoran air kumbahan,bahan kimia industri.penggunaan pestisid,kemalangan kenderaan pengangkut minyak,zat kimia atau limbah dan sebagainya.Kesemua bahan tersebut mampu merosakkan alam sekitar,justeru kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menanganinya.


Punca berlaku pencemaran ini adalah disebabkan sikap industri perkilangan,hal ini kerana pihak kilang kerap membuang sisa toksik seperti bahan kimia,plastik,dan sebagainya antara kilang yang terlibat adalah kilang melebur bijih,kilang perindustrian pembinaan,kilang radioaktif,kilang kimia(baja,insektisid dan herbisid)dan sebagainya.Selepas tempoh masa yang lama,bahan -bahan pembuangan akan menjadi racun dan merosakkan tanah sebagai contoh plastik yang dibuang oleh mereka adalah memakan masa yang panjang untuk reput.Antara bahan kimia yang dilepaskan adalah ammonia,sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.Bahan-bahan ini bukan sahaja mencemarkan kualiti tanah malah juga memudaratkan kesihatan manusia.Sikap pihak kilang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan telah melupakan tanggunjawab sosial mereka terhadap masyarakat ini.Pengusaha rela mengambil jalan untuk mudah untuk membuang sisa yang bertoksik ini di atas tanah biarpun mereka mengetahui impaknya.

Seterusnya,penyemburan racun serangga merupakan penyumbang kepada masalah ini .Penggunaan racun serangga ini kerap digunakan di sektor pertanian bagi membunuh mahluk perosak misalnya tikus,dan serangga.Penggunaan racun serangga memang dapat membantu para petani dalam meningkatkan kualiti tanaman mereka tetapi ia juga telah mencetuskan masalah alam sekitar.Hal ini kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia atau biologi .Kesemua bahan yang beracun ini akan menyerap ke dalam tanah,racun serangga ini adalah susah diurai walaupun melalui proses biologi.Diklorodifeniltrikloroetana atau nama singkatannya DDT adalah satu contoh baik untuk melihat kesan biotumpukan pestisid di mana ia adalah sebatian yang sangat stabil dan boleh kekal di tanah untuk jangka waktu yang sangat lama. Dengan erti kata lain,ia adalah susah larut di dalam tanah dan akan menyebabkan tanah itu tercemar dan tidak subur.

Pencemaran tanah ini akan memberikan impak yang negatif kepada kesihatan manusia dan menyebabkan kepupusan spesies.Antara bahan yang berbahaya yang terkandung di dalam tanah yang tercemar adalah kromium,bahan ini akan menjejaskan pertumbuhan otak dan ginjal manusia khususnya golongan kanak-kanakManakala,organofosfat dan karmabat akan menyebabkan gangguan pada saraf otot.Selain daripada itu, bahan yang terkandung di dalam racun serangga mempunyai kadar toksik yang tinggi terhadap manusia yang boleh menyebabkan seseorang itu keracunan,dan kematian.Golongan yang mudah terdedah kepada risiko adalah petani.,jadi kerja-kerja pencegahan haruslah diambil semasa menggunakan racun serangga.



Di samping itu,pencemaran tanah akan mengakibatkan perubahan metabolism dari mikroorganism endemik danantopoda yan g hidup di lingkungan tanah tercemar.Fenomena ini akan membawa kepada masalah kemusnahan pelbagai spesies primer dari rantai makanan di mana ia akan membawa impak yang besar terhadap pemangsa.Selain itu,sektor pertanian juga akan mendapat kesan akibat daripada pencemaran tanah ini,kualiti pertanian akan semakin merosot ekoran daripada kerosakan tanah sehingga menyebabkan tanah itu tidak subur.

Kita perlu mengambil pendekatan yang berkesan untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi satu masalah global yang sukar dibentang.Kaedahnya adalah melalui remidiasi di mana ia merupakan kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar.Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu in-situ atau lebih dikenali sebagai on-site dan ex-site atau off-site.Pembersihan in-situ adalah pembersihan di lokasi,cara pembersihan ini adalah lebih mudah dan murah.Kaedah ini terbahagi kepada pembersihan,venting dan bioremediasi.Sebagai contoh kaedah bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan mikroorganisma.Cara ini adalah bertujuan memecahkan zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun.Manakala,pembersihan ex-situ merangumi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke tempat lain.Selepas ia dibawa ke tempat lain,tanah tersebut dibersihkan dari zat pencemar,kaedah ini adalah lebih komplex dan mahal jika berbanding dengan cara sebelum ini.Terlebih dahulu,tabah tersebut disimpan di tangki tersebut,seterusnya zat pencemar dipompakan keluar dari tangki yang kemudian diolah dengan instalasin pengolah air limbah.Meskipun cara ini amat berkesan tetapi ia melibatkan banyak pakar-pakar mahir dalam usaha mengurangkan kadar pencemarannya.

Selain pendekatan saintifik,penguatkuasaan undang-undang juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini.Sesuatu undang-undang itu bermakna jika kehendak dan arahannya dipatuhi olehb semua orang.Pihak penguatkuasaan seperti Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan pihak polis haruslah menguatkuasakan akta kualiti alam sekitar dan tindakan yang drastik harus dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah contohnya denda ,penjara,dan menggantungkan lesen industri.Di samping itu,pihak penguatkuasaan disaran mengambil tindakan dengan mewajibkan pihak yang didapati bersalah membayar kos pemuliharaan.Peraturan yang ketat ini mampu menggertakkan orang ramai. Selain itu,pihak penguatkuasaan haruslah rajin turun padang untuk memantau aktiviti yang dijalankan oleh pihak industri,melalui kerjasama agensi kerajaan ia mampu mengurangkan kadar pencemaran yang semakin tinggi.

Kesimpulannya,sebagai penghuni bumi ini,setiap individu adalah diberi amanah untuk memelihara dan memuliharakan alam sekitar ini.Selain itu, setiap orang haruslah peka terhadap perubahan alam sekitar ini agar generasi akan datang dapat hidup dalam persekitaran yang indah dan tanpa pencemaran.